Monday, March 9, 2009

selamat datang my another sweet gummy...


Saddiq al-Amin Shah... (10.50 am@Bagan Specialist Centre@ 3.35kg)

*Selamat dtg ke dunia ini...
*Semoga jadi manusia yg baik-baik belaka..
*Semoga cepat membesar dan akan ku bawa pergi shopping bersama.. =)

p/s: still thinking nak dipanggil mami nur or aunty nur.. which suits me best? i dont know.. ahahah...

Sunday, March 8, 2009

maafkan aku diriku..

Hati berkata lagi..
Mencari hala tuju hidup ini..
Nampaknya dah tersasar daripada dulu..
Nampaknya kene tetapkan balik apa yg dituju...
Nampaknya aku kene gali balik apa yg dah tertimbus..
Nampaknya aku kene tebas semak samun kat laluan lama aku..
Begitu lama dah aku tinggalkan laluan itu...
Maafkan aku kene mempersiakan semua itu...

Aku lalai kerana diri aku sendiri..
Bukan salah sape-sape..
Aku jadi begini kerana aku sendiri...
Aku yg bertanggungjawab pada diri aku sendiri...

Maafkan aku diriku...
Maafkan aku kerana abaikan hala tuju kau...
Maafkan aku diriku...
kerana aku lupa..
kerana aku alpa..
kerana aku lalai...
Maafkan aku diriku...

apa nak dikata?

Aku rasa nak menulis tentang sesuatu.. tentang bagaimana org begitu sayangkan seseorang itu hingga sanggup lakukan apa saja.. Cuma bg aku,walau syg mcm mana pun,tidak perlu sampai menipu.. Kerana kalau syg,kita perlu jujur.. Contohnya.. kawan baik aku ckp... lelaki ada 9 akal... 9 akal itu digunakan utk mendapatkan gadis pilihan mereka.. mungkin akal yg diguna ini ialah dgn tidak berterus terang.. Terus terang aku ckp.. aku lg sanggup bersama org yg tak sempurna drpd bersama dgn org yg tidak jujur.. Tapi.. aku tak salahkan sape2.. aku tahu perasaan tu.. Kite ingin menjadi sempurna di depan mata org yg kite suka.. Walau kite tahu kite tidak sempurna,tapi kite cuba nak kurangkan kekurangan kite.. Aku sedar hakikat itu.. Sbb tu aku kata,kite perlu belajar dari pengalaman.. Kdg-kdg kite igt kite betul buat mcm tu.. tapi bila kite yg kene... baru kite tahu... so... apa nak dikata?

p/s: aku tak marah dah.. hati dah tenang... =) thanks kat kawan yg berada kat sisi... Walaupun ada sorang tu gelak plak aku kene tipu.. bongek..! hehe.. tapi aku tau kau takde niat nak gelak utk persendakan aku... i know u.. and i know u know that i'm talking about u.. weee~~~~~ =D

that's all

Aku minta maaf... tapi aku akan ok...
Aku tak marahkan kau lg..
Benda dah lepas.. tiada gunanya aku simpan marah..
Aku geram ditipu.. Tapi.. silap aku juga..
Mungkin aku yg tak nampak tanda2 aku akan ditipu..
Tapi takpe.. Masa akan mengajar aku..
Benda in pun dah mengajar aku...
Maafkan aku...
Aku tak marahkan kau dah...
Tapi harap kau akan lebih jujur lepas ni...
That's all...

p/s: kawan baik aku suh aku lupakan je.. anggap mcm takde benda berlaku.. tapi mmg aku akan ingat... cuma tidak marah dah..

Saturday, March 7, 2009

Aku tak kisah kau begitu..

Aku tak kisah kau begitu...
Aku cuma taknak ditipu.. that's all..
Aku tak kisah kau begitu..
Tapi aku bingung kau jadi begini..
Aku berterima kau begitu menjaga hati aku..
Tapi.. kau mungkin tak sedar bila aku dpt tahu,aku akan lebih sedih...
Kau mungkin tak sedar bila kau tetap taknak mengaku,aku makin terluka...

Aku cuma mahu tahu yg benar..
Walau ianya pahit.. aku tahu ianya tidak sepahit sekarang...
Aku akan membenci kau... kalau kau dan aku masih satu...
Tapi... aku tidak akan membenci kau sekarang...
Cuma mungkin tiada lg peluang...
Maafkan aku...
Aku rasa aku tak perlu jelaskan kenapa aku begini..
Sbb kau lebih senang merahsiakan hal itu..
Maka,apa salahnya aku juga begitu?

Maafkan aku.. mungkin luka dlm hati masih wujud..
Tapi aku dah belajar.. dendam takkan memudahkan hidup..
Sebaliknya menambah kepahitan...
Oleh itu,aku tidak mahu berdendam..
Aku tetap kawan kau...
Itupun kalau kau masih mahu..
Tapi... aku harap persahabatan ini berlandaskan kejujuran...
Tidak perlu kau terlalu menjaga hati aku...

Friday, March 6, 2009

Maaf

Aku ada yg lain?
Macam mana boleh ada statement tu?
Aku mmg takde apa-apa... tiba2 nak ada yg lain?
Kenapa aku pula yg kene?
Bukan kau yg salah dulu ke?
Cuba tgk kenapa aku begini...
Bukannya teka aku ada yg lain...
Kawan tetap kawan... Aku takleh paksa kalau kau yg taknak tunai janji..
Aku takleh paksa kalau kau yg nak tipu...Maafkan aku..

Thursday, March 5, 2009

kopi itu pahit

Kenapa org berubah? Aku tak mempertikainya... cuma aku bertanya kenapa.. tanpa perlu apa2 fakta...
Setiap perubahan itu takkan dipandang sama oleh setiap org.. ada yg memandangnya sebagai baik... ada yg tidak mempercayainya.. kenapa begitu? tidakkah kau pelik? tidakkah kau pernah fikirkan?
Aku menulis bukan kerana suka-suka.. aku menulis kerana nak sampaikan apa yg terbuku.. bukan semua... kerana jika semua,tidak lg istimewanya diri aku... kerana semuanya org akan tahu...

the side yg kite simpan tu lah selalunya menjadi punca org tidak memahami kite... Tapi.. jgn nak salahkan sape2.. sbb org takkan memahami kite bila kite sendiri yg tidak memberi ruang itu.. ataupun mereka yg tidak ingin cuba memahami kite.. tapi..pentingkah semua tu?

Tidakkah kau rasa penat nak fahami semua org? Sedangkan takde siapa yg faham kite? As for me.. aku suka memahami org... aku tau org susah nak faham aku.. tu mungkin sbb aku sendiri yg tak beri ruang itu.. dan.. aku sendiri belum memahami diri aku.. sbb aku dah set otak.. aku akan block benda yg tak suka.. aku akan block benda yg mengganggu jiwa... aku tak kata cara aku bagus.. sbb itu umpama hidup dlm penafian....

ada benda2 yg kite boleh buat mcm tu utk kurangkan beban.. tapi.. ada benda yg kite perlu hadapinya walaupun pahit... tapi... bukankah kopi itu pahit? tapi.. ramai je yg mengemarinya... kerana apa? kerana ada kenikmatan di sebalik kepahitan..

mcm tu gak kekusutan hati... walau pahit.. pasti akan ada kebahagiaan di akhir waktu.. penantian itu tidak sia-sia... jgn lupa mintak padaNya... insyaAllah kite akan jumpa kebahagian walau lama menunggu... dan ketika itu,hilang segala benda yg kusut itu... kite akan lebih kuat menghadapi hari mendatang...

aku tau ckp mmg senang... bila nak buat,sgt susah... masa ni lah semangat diri kene buat.. masa ni gak kawan-kwan memainkan peranan.. jika mereka tidak membimbing.. keadaan diri akan jadi parah.. aku ckp ikut pengalaman aku... apa yg aku ckp mungkin lain dgn yg org lain lalui... tapi... suarakan saje.. aku akan mendengar..

aku suka menjadi pendengar.. kdg2.. aku ada masalah yg sama.. tapi bila aku dgr masalah tu dari org.. aku akan pandang itu dari sudut yg berbeza.. ketika itu juga aku sedar tentang masalah aku sndiri.. sedangkan sebelum itu,aku igt aku dah buat yg terbaik.. rupanya bila aku tgk dari sudut yg lain.. itu hanyalah lari dari kenyataan.. itu hanyalah menyeksa diri...

Aku letih walaupun byk lagi ingin aku sampaikan.. tapi.. sampai di sini dulu... walau siapa anda.. jika ada masalah... hadapilah dgn senyuman.. setiap org ada masalah mereka sendiri yg tidak kite ketahui..

Wednesday, March 4, 2009

Kata-kata utk hati

Hati.. sedarlah...
kau bukan hanya akan berduka..
Tapi juga bahagia...
Malah... bila bahagia dtg,kau akan lupa duka pernah bertandang...
Malah jika duka belum pergi...
Kau akan tetap mengalu-alukan kedatangan bahagia..
Ya... mengakulah yg kau sedang bahagia..
Kerana aku tau kau penat hanya berduka..
Nikmatilah bahagia itu..
Sementara dia belum tinggalkan kamu...
Lupakan yg tidak enak itu..
Lupakan yg menganggu hati kamu itu...
Just go with the flow...

double sweet gummy

Hari ni aku happy... Semalam kawan baik aku kata.. walau apa terjadi.. kami tetap kawan baik... makanya... aku happy... dan.. lebih happy... dia masih igt... =)
Thanks!

Tuesday, March 3, 2009

fikiran bercelaru

fikiran bercelaru.. jiwa kacau... hati bisu...
aku kehilangan kata-kata..
aku penat..
aku cuma mahu tau yg benar..
aku cuma mahu tau yg jujur...
tlg katakan sebelum aku lemah...
tlg mengaku sebelum aku hentikan..