Saturday, April 25, 2009

weng weng

lama rasanya tak menulis.. aku dah mula menjumpai diri aku.. yey! thanks saln!!

then aku tgk otak weng weng sket sbb exam.. rasa mcm nak pergi genting naik benda yg spider apa ntah tu.. then jerit.. yey! best2... hehe....

utk exam... there is no interpretation.. ahaha.... taknak komen.. lalallaa...

saje nak tulis2... hehe... nak hilang sket otak weng weng ni...

Monday, April 13, 2009

think more or think less?

aku dah penat bermain dgn perasaan.. so now aku nak memulihkan diri...

ok? diri aku dah mula kembali sedikit demi sedikit... aku masih menanti diri aku pulang..

Aku taknak fikir byk sgt... aku berubah and aku rasa perubahan aku ada yg tak kene.... dulu aku jenis yg tak fikir byk.. then aku berubah menjadi org yg berfikir byk and pertimbangkan byk perkara....

but then... there are certain things yg buat aku bertambah stress pula.. so... sometimes,aku perlu think less... i should know when is the time to think more and when to think less...

lala.. menjalankan tugas kene tag

5 things in my bag:

* purse
* pen
* kunci rumah
* buku2
* coklat

5 things in my wallet purse:

* money money money
* ic
* bankcard.
* membership card(hahaha)
* resit2 yg taktau nape nak simpan

5 favourite things in my bedroom:

* bear!
* bantal2 yg empuk
* novel2
* komik2
* laptop

5 things I want to do:

* merilekskan diri sepanjang minggu
* nak try call shadah tapi dah sampai credit limit(hahaha)
* plan apa nak buat lepas exam
* kacau kucing sbb dia asyik comelllllll
* still merilekskan diri...

5 things I’m doing now :

* taip jawapan
* tengok tv tapi tak faham
* baca blog org
* fikir nak buat apa lepas ni
* jeling2 kat kucing dgn harapan dia tak dtg kacau sbb dia asyik rajin tlg
menaip dgn berjalan2 atas keyboard..

5 people I would like to tag:

* shadah
* nadia nasir
* esah
* SyrupusSimplex
* farhan

Thursday, April 9, 2009

lepaskan?

nak lepaskan mereka? tak boleh.. aku takde kekuatan nak lakukannya... kalau terpaksa buat gak... tlg buat masa aku takde.. aku taknak tgk.... aku tak penah sampai hati nak lepaskannya.... tidak...

masa utk ubah

cukup dah entry2 lara tu... it's time for me change... aku ok... serius.. aku kene happy... itu yg penting... ada kawan ckp.. kan lebih elok melihat aku happy.. yes.. aku pun rasa begitu...
utk kawan2 aku... all the best utk final exam nanti... maafkan nur kalau ada pape salah n silap... nur betul2 mintak maaf... cheer up... we can do it!

Thursday, April 2, 2009

isu bercampur aduk

Yes… aku dah mula balik dah… membicara tentang tekanan aku.. aku tulis byk2 sbb aku rasa sgt selesa lepas aku luahkan dlm bentuk perkataan.. sbb bg aku,bukan semua org ada masa nak dgr setiap benda remeh temeh yg kita rasakan.. hmmm.. ketepikan isu tu jap…

Saje nak berbicara tentang kualiti university tempatan… aku di uitm.. yeah.. uitm… dan aku sgt bangga berada di sini… kerana aku tahu,accounting di uitm telah dikenali ramai.. ramai dah tahu uitm menghasilkan graduan yg berkualiti… itulah.. kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.. kite kene faham.. uitm bukan hanya di shah alam.. tapi setiap negeri pun ada… mmg tidak dinafikan mmg ada yg bermasalah… tapi aku yakin uitm ada dihati pelajarnya jika pelajar itu menghargai peluang belajar didepan mata tu…

Aku suka belajar disini.. dulu aku risau gak sbb aku tak biasa dgn semuanya org melayu… tapi… aku perlu ckp… melayu bukan semua malas… utk norrow down my view.. budak batch aku sgt hardworking… kdg2 aku plak rasa aku malas.. hehe.. tapi.. itulah… benda tu tak mengubah aku… aku taknak tiru cara org bijak belajar kerana bg aku,aku perlu berjaya dgn cara aku sendiri.. mungkin aku boleh jadikan panduan.. but,aku akan belajar guna cara aku… aku yakin kalau aku ikut 100% cara org2 bijak tu belajar,belum tentu aku akan selesa dan sekali gus menghasilkan result seperti mereka…

Makanya.. ini aku.. aku belajar guna cara aku.. aku akan ubah bila aku rasakan tidak lg relevant… seperti sekarang… aku rasakan sikap malas aku dan sampai ditahap membimbangkan.. aku perlu bangkit semula and take any corrective action… so that my performance will be better… aahaha… aku mengaku sem ni aku malas.. pelajaran aku turun banyak… aku tahu dah terlambat aku nak betulkan hal tu sbb carry mark dah nak kuar dah.. test pun dah tanda.. there’s nothing I can do to correct that… but… what I can do is focus on my final exam.. mungkin aku takkan naik tinggi… tapi.. aku akan cuba agar aku tak jatuh terduduk…

Sedang mencari diri lg.. muhasabah diri setiap hari utk berubah… perlu berubah… harap akan berjaya..

Wednesday, April 1, 2009

kecewa

Kecewa.. Perkataan yg pendek tapi bermakna.. Hanya 6 huruf,tapi membawa sejuta maksud yg mendalam..

Kecewa.. tak penah ada org yg mmg nak kecewakan org lain.. Bukan kite sengaja nak mengecewakan org,kan? Aku sedih.. Aku tahu aku kecewakan org lain.. Tapi aku sedih gak sbb aku sendiri kecewa dgn diri aku.. Aku sedih sgt.. aku kecewa..

Lg2 aku bertambah berkecamuk bila tu benda yg amat aku suka.. Tapi aku mengecewakan diri sendiri.. Malah aku dpt rasakan byk lg kekecewaan akan melanda aku.. Aku sedar aku silap.. Aku kecewa..

Tapi.. kekecewaan aku ni aku tak dpt na tafsir.. adakah kerana aku mmg tak redha atau apa? sedangkan aku rasa aku redha sbb aku tahu kesilapan aku... cuma aku tak dpt nak let go and act as usual...

Mungkin kerana terlalu byk kekecewaan melanda diri.. tapi aku jenis yg taknak fikir sgt sbb nanti akan membebankan diri aku...

Kecewa dgn kawan? Ya.. pernah.. lebih2 lg bila kekecewaan aku dianggap lakonan.. sedangkan hati aku mmg sedang parah n terobek... aku mmg sedih kecewa and sedih.. Bukan aku nak perhatian.. aku taknak perhatian itu.. malah aku lebih sanggup org tak lihat benda tu...

Ada yg bertanya,kalau begitu,nape tulis kat blog? So.. ini jawapan aku... blog ni aku tulis bukan utk org baca pun in the 1st place.. takde yg tahu ni blog aku.. lama2 baru tersebar... and... aku bukak blog ni mmg utk aku tulis and leraikan kekusutan hati aku.. kenapa aku tak tulis kat diari? kerana ini hak aku.. blog aku juga hak aku... penulisan aku hak aku... apa salahnya aku menulis? lgpun aku rasa takde siapa sgt yg baca blog aku.. maka,nape itu akan jadi isu...

Aku menulis apa yg aku rasa bukanlah utk berpura yg aku sedang serabut.. tapi,aku mmg sedang serabut... aku mmg tgh kecewa.. aku mmg sedang sedih... hmmm.. entahlah..

Aku penat menjaga hati org... ini hak aku... bagilah ruang ini hanya utk aku.. tlg jgn halang aku luahkan apa yg aku rasa.. sedangkan aku tak penah nak bebankan siapa2 dgn masalah aku ini...

Aku menulis utk luahkan apa yg aku rasa. kdg2 entry yg aku tulis mmg ketika aku sedang serabut aku perlu menulis utk luahkannya.. Malah aku rasakan... apa salahnya kau publish kerana aku yakin ada diantara mereka di luar sana merasai benda yg sama...

hmmm... penat.. berehat sebentar..

Monday, March 30, 2009

entry bila hilang diri.. tlg cari~~



Hati aku pedih.. Hati aku lara.. Aku sedih.. Aku nak meraung.. Tapi bagaimana ingin aku lakukan? Hidup aku bukan keseorangan.. Aku bersama teman.. Cuma,kdg2 susah utk aku berpura seperti aku ok seperti mereka.. Aku perlukan ruang aku.. Aku bukan ingin merintih.. Tapi aku sgt perlukan ruang aku..




Hati aku pedih.. Umpama diri aku disimbah asid oleh diri aku sendiri.. Aku penyebab kepedihan diri aku.. aku punca kegagalan aku.. Aku pedih,hati aku hancur dgn perbuatan aku sendiri.. Aku perlukan kekuatan dan kekentalan yg aku pernah ada.. Tapi aku dah hilang semua tu.. Aku dah hilang diri aku.. Bukan senang bg aku utk berlagak seperti biasa bila diri aku hilang,bila diri aku hancur.. Lebih pedih bila aku ialah punca diri aku jadi begini.. Kesilapan aku sendiri.. Aku ingin lari.. Bukan dari kenyataan.. Tapi aku perlu mencari kekuatan yg hilang..

Aku perlukan masa.. aku tau aku hilang kekuatan diri.. Aku perlukan diri aku yg hilang.. Diriku,maafkan aku sbb mengecewakan kau.. Aku tahu kesilapan aku.. Tlg la kembali semula.. Aku perlukan kau utk melengkapkan diri aku.. Aku perlukan kau utk bangkit.. aku berjanji aku akan berubah.. Jgn tinggalkan aku sbb aku sgt sedih dgn kehilangan kau.. Aku sedih dgn kekecewaan aku.. Malah aku sendiri hampa dgn sikap aku.. Aku perlukan kau.. Maafkan aku diri aku..


Aku sakit.. sakit ditikam perbuatan sendiri.. Sakit dibelasah perasaan sendiri.. Sakit dibunuh perbuatan sendiri.. Sakit dihampakan perasaan sendiri.. Maafkan aku.. Aku juga sakit diri aku hilang.. Aku lumpuh tanpa kau.. aku bukan siapa2 tanpa kau.. Aku lemah tanpa kau.. Diriku.. Tlglah kembali pada aku.. aku amat perlukan kau.. Aku perlu kumpul kekuatan diri aku yg dah berkecai.. Aku perlu kutip serpihan yg tertinggal..

Aku undur diri buat seketika,aku perlu masa utk aku kuatkan diri.. Maafkan aku.. dan pesan aku pada diri aku,tlg la kembali dan bersama aku semula utk aku perbetulkan kesilapan ini.. Maafkan aku..

Sunday, March 29, 2009

berkat..

aku tak reti jawab maf.. aku mengaku... aku tau result aku akan teruk...
Tapi.. takpelah.. walau apa result aku.. ni yg aku dpt dgn usaha aku sendiri... bukan sbb meniru.. aku lg sanggup gagal daripada menipu diri dgn meniru... aku tertarik dgn kata-kata daripada kawan aku... so.. aku nak share...

You cheat once,
Your degree is haram,
Your career is haram,
Your income is haram,
Your life is haram..

This is all about "berkat"...
Again... Aku lagi sanggup gagal daripada meniru... tak berkat!

Monday, March 23, 2009

perasaan rojak


Aku menyampah... maaf.. tapi aku mmg menyampah... ada org tu sgt menyakitkan hati aku... geram.. menyampah... that's all.. kalau aku tulis aku rasa mmg akan tunjuk sgt apa ckp pasal sape.. yg aku tahu,aku menyampah... ok? aku boleh ke tahap benci... kenapa dgn berlagak baik pun boleh? tunjukkan je la diri sebenar.. ok? Sekian terima kasih...



Maaf.. tapi aku tak rasa aku dpt kongsi benda ni dgn sape2.. kang ada je yg back up org itu sbb aku perasan fact itu... lantak la... aku hidup begini lebih senang....



Satu lagi.. Ya! aku tak percaya dah.. aku dah fed up.. no more org-org itu... semuanya bg aku hanya akan beratkan fikiran aku.. aku malas fikir.. ok? Aku taknak... Aku tak tipu.. Aku bukan mcm org lain yg bila aku ckp,ikut setuju sama... tapi diri sendiri tak terkawal pun.. so,please...! jgn nak samakan diri kau dgn aku kalau kau tak maksudkan apa yg kau ckp.. Aku maksudkan apa yg aku ckp.. Hati aku dah keras... Hati aku dah tutup... enough! Hanya Tuhan akan buka pintu hati aku...





Haaa..... one more thing... Aku nyampah org yg dependent sgt... then bila ada org yg boleh nak di-depent,punya la puji melangit.. Maaf... tapi aku tak suka dgr.. aku menyampah... kalau dah nak puji melangit.. pergi je kat org tu.. takyah dtg kat aku.. ok? Tapi jgn nak puji depan aku... Aku malas nak dgr perkataan2 memuja itu... bernanah telinga aku dgr....