Catatan buat seorang sahabat yg pernah dekat dihati...
Aku igt lg. Dulu aku masuk skolah tu, hari orientasi. Aku beratur dan melihat muka yg aku tidak kenali. Disitu ada kau. Kau yg berdiri dan tersenyum. Aku melihat senarai nama dan mula meneka mana kau yg tentu saje kawan kelas aku. Sambil tu aku betul2kan tudung yg pertama kali aku sarungkan. Kekok sekali aku ketika itu. *senyum* Masihkah kau igt?
Agenda kedua,kita semua kene jalan masuk kelas. Aku duduk dgn kawan aku. S namanya. Bestnya jumpa dia. Ada kawan lama. *sengih* Aku menjenguk-jenguk lg. Disitu ada kau. Kau bersama M rupanya. Bila orientasi dah habis, maka kita yg budak baru ni tak sabar-sabar nak keluar kelas. Aku pergi kat M. Bertegur sapa sbb kawan lama. Disitu ada kau. Sengih-sengih disebelahnya. Masihkah kau igt? Ketika itu aku tau,akan ada suatu persahabatan antara aku dgn kau. Tapi aku diam sahaja. Byk masa lg. Masihkah kau igt?
Tingkatan satu. Aku simpulkan sebagai tahun yg amat menarik bg aku. Aku masih igt aku yg sipu-sipu malu nak terckp dgn kau.. *ketawa* Seminggu aku membebel pada S yg aku takut nak tegur kau. Tapi,bila dah tegur,mcm pop corn. Hahah.. Indahnya zaman remaja. Masihkah kau igt? Kau yg tak henti-henti mengacau aku. Dlm byk-byk kerusi,kau tetap berkongsi tempat dgn aku. *ketawa lagi*
Masihkah kau igt? Kau tau apa lg yg aku igt? Aku lg kedudukan kau di mana dlm kelas. Aku igt lg bagaimana cikgu BM pisahkan kau duduk jauh dari kami sbb kumpulan kita bising. Aku igt aku duduk ketengah-tengah M dan T. Aku igt kau suka curi dtg ke tempat kami bila cikgu BM keluar. Dan kau sentiasa menyibuk di tempat aku. Aku igt bagaimana kita semua berborak masa Math. Aku igt lg bagaimana kelam kabutnya T keluarkan buku teks masa cikgu dtg ke tempat kami dan aku berlakon bersama T seperti sedang membaca. Tapi kene tarik telinga. Kau igt lg kerana apa? Sbb buku teks tu terbalik! *tergelak* Malah kami bukak bab yg salah. Kau masih igt muka kelat aku dan T menahan sakit telinga ditarik? Dan muka kumpulan kita yg pelbagai kerana terkantoi?
Aduh,betapa aku rindukan saat itu. Masihkah kau igt? Saat kau dan mereka ada disisi aku. Aku jua teringat kau pernah suruh aku dtg awal pagi ke sekolah utk berjumpa kau pada suatu minggu ni. Tapi kau tak bg aku bawa kawan. Kau kata ada benda nak bg. Aduh,aku dtg hari tu. Tapi,aku nampak kau dtg bersama K. Aku bengang sbb kau dah suruh aku janji dtg sorang. Tapi kau dtg berdua. Aku igt lg aku menyorok dan aku hanya keluar bila kene beratur. Tentu kau igt aku tak tepati janji,kan? *sedih* Dan kita seperti biasa buat taktau dan tak bincangkannya. Dan petang tu,waktu balik, K mengejar aku. Dia memberi aku sesuatu. Katanya daripada kau. Hadiah dari seorang kawan. Malah,aku perlu memakainya jika aku terima. Apa maksudnya itu? Huh.. Entahlah.. Pulang ke rumah,aku melihatnya. Tidak berbalut pun. Seutas jam.
Tapi,hari keesokkannya,aku tak pakai. Kau memberi aku jam yg terlalu besar. Dan aku tidak ada masa utk ke kedai utk kecikkannya. Maafkan aku. Tapi,kau dan aku seperti biasa, buat seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Tiba-tiba,ada peristiwa berlaku. Aku igt ketika itu waktu peperiksaan. Aku menulis pada kau. Aku memulangkan jam itu. Dan kau seperti biasa, tidak membincangkannya.
Hubungan kita kembali seperti biasa selepas itu. Kita tidak pernah membincangkannya. Masihkah kau igt? Aku yg hampir bermain perasaan dgn engkau. Kau yg meminta N sampaikan hasrat hati. N yg aku igt kau minati. Aku terkejut. Mana taknya,aku dpt berita tu kat tandas! *ketawa* Taktau nak ckp apa. Padahal hanya Tuhan yg tau. *geleng kepala dan tergelak*
Dan aku setuju. Dan kita tetap tidak membincangkannya. Kita cuma tau aku dah setuju. Kita masih sepert biasa,cuma aku yg mula malu-malu kucing didepan kau. Tapi akhirnya aku kembali menjadi aku.
Tingkatan dua. Aku simpulkan sebagai tahun yg mengelirukan. Awal tahun kita dah mula goyah. Ketika itu dtgnya R si budak baru. R menunjukkan minatnya terhadap aku walaupun aku tak perasan. Kau la yg memberitahu aku. Aku diam sahaja. Dan ketika itu budak tingkatan satu yg bernama I menyukai kau. Semua org tau. Hati aku sakit. Lupakah kau aku dah terima kau? Aku mula terganggu dgn sikap I. Kau tidak pernah tau apa yg aku rasanya,kerana kita tidak pernah membincangkannya. Akhirnya,aku meminta putus. Kau igt lg reaksi kau? Waktu balik,aku menjaga di tangga sekolah,kau lalu dan jerit "Nur,aku taknak putus!". Ah.. betapa malunya aku. Jatuh kewibawaan aku sebagai pengawas. *ketawa lg*
Tapi,itu tidak lama. Akhirnya aku dan kau putus jua. Haha.. Kau dan aku mmg lebih sesuai menjadi kawann baik sampai kiamat.. Tapi,satu aku tak faham dgn kau. Tak sampai seminggu kita "putus", kau tlg menyampaikan isi hati R. Apa kau gila? Dah la baru seminggu, then kau pulak yg sampaikan. Siap promote perkara yg baik-baik tentang R. Aduh,aku tersepit. Aku marah dgn kau. Dgn gangguan I yg tak sudah-sudah cuba menyakitkan hati aku sbb dia meminati kau.. Dan R yg tidak pernah tidak duduk sebelah aku kalau kerusi kosong. Aku tersepit tau. Marah.. Betapa kau dan aku tidak pernah berbincang. Dan aku yg bodoh ketika itu menerima R kerana aku dah tak tahan dgn tekanan yg ada. Aku perlu hentikan I mengacau aku dgn cerita kau dan aku perlu hentikan R dari terus menanti aku. Tapi,kerana kebodohan aku jugalah hanya seminggu bertahan. Aku tak bisa bersama R. Tidak! Jgn kau paksa.
Peristiwa itu dah cukup merosakkan persabahatan kita. Aku mula marah pada kau. Marah yg tidak dpt dilepaskan kerana kita tidak pernah berbincang. Aku masih igt pada suatu hari,peristiwa ini berlaku. Sebelum tu aku pula asyik sakitkan hati kau kerana I asyik minta kirim salam pada kau. Kau masih igt tak?
Hari dimana kau meminta aku utk pinjamkan wang, dan aku tulis yg I kirim salam di duit itu sebelum aku serahkan pada kau. AKu masih igt reaksi kau. Aku melihat dgn jelas walaupun kau duduk paling depan di muka pintu dan aku paling belakang di tengah kelas. Aku nampak dgn jelas bagaimana bila duit itu sampai pada kau,kau buang duit itu! Aku marah. Ya, aku marah. Dan aku tidak dpt menahan kemarahan aku ketika itu. Tanpa sebagai amaran,aku bangun dan pergi ke depan tempat kau. Aku ambil duit tu dan tanya kenapa kau baling duit tu? Dahlah kau yg kata nak pinjam. Pastu aku bergaduh dgn kau. Kemudian si perempuan pendek sebelah kau menyebelahi kau. Aku tertambah panas. Pada dia pula aku lepaskan kemarahan kerana dia masuk campur tanpa diundang. Kelas kita yg riuh bagaikan zoo diam secara tiba-tiba. Suara aku dah mula menarik perhatian cikgu di blok depan. Aku bertambah marah ketika itu, Aku dah tak pedulu tentang aku ialah pengawas. Aku hampir mencapai kerusi utk aku humbankan pada kau ketika kawan aku suruh aku bertenang. Menyuruh aku duduk. Aku kembali ke tempat aku dan baling file aku. Aduh,pecah pula. Lantaklah. Betapa marahnya aku ketika itu. Tapi aku sedar,kemarahan itu bukan berpunca tentang duit tadi. Duit itu hanyalah menjadi bahan mencetuskan api dlm diri aku. Aku dah lama marahkan kau kerana kita tidak pernah berbincang. Tidak walau sekali. Tapi,aneh.. Kita berbaik semula selepas itu. Tidak aku sangka. Betapa kuat persahabatan kita. Malah bertambah kukuh kerana aku dan kau dah luahkan kemarahan masing-masing. Kita ialah kawan baik yg tidak akan dpt dipisahkan. Itu yg aku percaya ketika itu. Masihkah kau igt?
Penat menulis. Aku akan tulis lg seterusnya di lain waktu. Itupun kalau kau masih igt.
2 comments:
memori itu memang indah. Dan itu sejarah. Jalan ke hadapan. Jangan asyik fikirkan hang tuah.
tak fikirkan pun.. tetiba teringat masa berborak tadi.. saje menulis apa yg dirasa.. =)
Post a Comment