Friday, January 9, 2009

berlagak bagus,kaki ampu, cepat melatah

Aku benci dengan beberapa keadaan sekarang...
Bagi aku beberapa yg aku kenal dah berubah...
Aku tak halang sesiapa berubah sbb berubah itu perlu..
Tapi.. takyah la ubah dan amalkan sikap mcm tu...
Itu aku tak suka...
Siapa kau nak buat mcm tu kat aku..?
Hanya kerana aku NOBODY pada korang?
Hanya kerana aku takkan bwk pape benefits kat korang?
Hmm... tapi.. tu bukan tiket utk kau nak amalkan sikap angkuh kau tu...
Aku tak suka...
Kau langsung tak fikir perasaan aku,kan?
Kau tak fikir ke kalau2 aku sedih dgn sikap kau-kau?
Kau tak fikir ke betapa aku cuba kawal muka seperti takde pape berlaku walau hati dah parah?
Kau tak fikir ke penat aku menyabarkan diri aku dan ingatkan diri aku supaya tidak marah?
Kau tak fikir ke walau aku ni mungkin takkan bwk kebaikan, tapi aku juga tak bwk kesusahan...
Bukannya aku ni hinggap kat badan korang dan amik semua kelebihan2 korang..
So.. tlg la fikir...
Jgn igt kau bagus sgt...
Sbb aku tau aku ni pun penuh dgn kekurangan.. Sbb tu aku masih belajar realiti hidup ni..
Dan terima kasih pada kau sbb mengajar aku betapa being NOBODY akan dapat layanan mcm haprak..
Apa-apa pun.. Terima kasih pada kau-kau..
Aku mengaku aku mmg marah sbb bg aku kau mmg takde hak layan aku begitu..
Tapi.. aku taknak jadi mcm kau-kau...
Aku tetap berkawan walau kau-kau tak sudi pun...

Dan aku tetap cuba menyabarkan diri aku agar tidak meletup dgn sikap kau...
Kau mmg tak sedar langsung dengan masalah2 aku sbb kau tak pernah tanya...
Kau tak concern sbb hidup kau sempurna.. hanya berlubang sedikit sahaja...

Kau tak amik tahu sbb kau mmg tak peduli dgn org mcm aku...
Aku tetap aku...
Aku bukan org yg nak berkawan dgn niat lain..
Tapi kalau kau nak tafsir mcm tu.. Silakan....
Tapi.. kalau suatu hari nanti kau kene mcm aku...
Bila kau kene tuduhan tidak munasabah,jgn kau nak berlagak mcm kau je pernah alami...
Tapi.. aku takkan doakan kau laluinya...
Aku doakan kau baik2 selalu.... Cukuplah sekadar sedar sesuatu..
Iaitu setiap org layak dpt layanan yg sama...
Bukan layan org mcm barang...
Seperti takde hati dan perasan!

Dan satu benda kau patut tahu pasal aku..
Aku menulis apa yg aku rasa...
Aku akan luahkan apa yg terbuku...
Dan selepas beberapa ketika,aku akan lupakan...
Tapi... itu juga bukan tiket utk kau pijak kepala aku lg...
Dan igtlah...
Kau dan aku sama-sama asalnya dari tanah...
Dan akan berakhir dlm tanah jua...
Ketika itu.. kau dan aku sama sahaja...
Cuma amalan yg tak dpt dilihat itu membezakan..

Aku juga benci si kaki ampu...
Maafkan aku...
Tapi.. aku mmg benci...
Sbb tlg la igt kata-kata aku tadi...
Kau dan aku takde bezanya bila dah masuk kubur...
Hanya amalan yg membezakan...
Bukannya kau dpt bwk sekali benda-benda yg kau berjaya ampu tu..
So... tlg la fikir dalam-dalam apa yg aku ckp...

Utk si cepat melatah pula..
Maksud aku org yg suka membuat kesimpulan tanpa berfikir..
Tolong la berfikir sikit..
Bila org tegur... jgn nak cepat melatah..
Aku cuma ckp apa yg aku rasa..
Kalau kau tak suka.. Maafkan aku..
Dan tlg betulkan aku...
Hujahkan dgn cara yg bijak...
Bukan dgn sikap kau yg tiba-tiba pulaukan aku...
Sbb tu menunjukkan kau tak berfikir semasaknya...
Sebaliknya terus marah tanpa sebab...
Aku tegur dan aku ckp utk kau sedar...
Bukan saje2 nak jatuhkan kau..

Aku nak berehat sebentar....
Lgpun tentu ada yg bosan membaca...
Ini aku...
Aku yg bergerak ikut arah angin...

6 comments:

Huril 'Ain said...

nur, kite harap awak tak ckp pasal kite =(
(kalau bukan, hehehe...)

luahkan lagi byk2 nur. tak elok pendam...

hikayat aku dan mereka said...

eh.. bukan... hehe.. nur tulis tentang org lain..

tu la.. nak luah.. tapi kdg2 mcm tak reti.. so.. entahlah... bila dah tak tahan sgt baru tulis sikit2.. huhu...

syrup said...

Saya rasa meluahkan macam ni memang perlu..
Bagus sebab kalau ada yang mengalami macam kamu, dia sekurang2nya tak rasa keseorangan sebab ada jugak yang alami macam yang dia rasa.
Macam saya, kadang2 baca luahan hati org dalam blog saya boleh faham dan boleh terima sebab pernah atau sedang mengalaminya.

hikayat aku dan mereka said...

thanks syrupus... tu la.. kdg2 perlu tulis utk org faham.. dan maybe ada je org yg membaca pernah melaluinya..

Anonymous said...

sy juga memahami ape yg pnulis alami..*skem lak*...manusia mcm2 prangai..ape yg kte leh buat sabar n perhatikan je la..tp kadang2 tension gak dgn org2 yg b'lgk bgs,kaki ampu n cpt melatah ni..huhuhu..harap2 mereka2 ni berubah la..amin=)

hikayat aku dan mereka said...

tui tu.. amin...