Monday, June 8, 2009

fikir fikirkan..

bosan.. so saje nak tulis benda yg aku terfikir a long time ago.. (takdela lama sgt.. saje exaggerate)

there is time bila aku dlm kereta,and aku tgk luar where aku tgk org bertungkus lumus kerja.. yes.. mereka mungkin kerja jual ikan,angkat sampah, but, aku masih boleh lihat muka2 mereka yg happy berborak dgn kawan.. or muka2 yg bertungkus lumus sbb nak bawa balik wang mungkin utk sekolahkan anak mereka.. atau membawa balik makanan... apakah yg mereka fikirkan? pernahkah kite fikirkan? mereka tak kisah membuat kerja2 yg berbau asalkan mendapat rezeki yg halal.. mereka tak kisah bergelumang dgn kerja di pasar.. kerja yg meletihkan.. berbau.. tapi tidaklah memberikan hasil yg lumayan.. tapi.. di mana erti perkataan lumayan? jika mereka,mungkin kerja itu dah cukup lumayan bg mereka.. mungkin rm1000 sebulan itu lumayan... tapi.. bagaimana dgn org lain? yg anggapkan gaji kurang rm2000 itu pun tak cukup?

well.. itulah sosio ekonomi.. tafsiran wang itu juga lain... mungkin utk org yg berpendapatan rendah,cara hidup mereka berlainan tentunya dgn org yg berpendapatan tinggi... aku hormat walau siapa pun.. aku tak kisah apa kerja mereka..

kdg2,aku terfikir... bila aku nampak org tua yg berkerja.. tetap bekerja mengangkat benda2 berat or buat keje apa2 la,aku terfikir... patutkah mereka kerja? dimanakah anak mereka? but then.. kenapa org2 tua itu masih bekerja adalah disebabkan pelbagai sbb.. mungkin mereka tiada anak.. mungkin anak mereka tidak mahu menjaga mereka.. mungkin anak mereka juga tidak mampu membiayai mereka.. mungkin mereka mmg sudah biasa bekerja,so,mereka bosan jika kene duduk diam je... atau mungkin dgn bekerja begitu,mereka gembira.. mungkin itu cara mereka menghilangkan kesunyian mereka.. and mungkin mereka tinggal sebatang kara di dunia ni.. pelbagai sebab,kan?

kdg2,kite perlu isi minda kite dgn berfikir tentang org sekeliling mereka.. sbb bukan hanya kite yg tinggal di dunia ini.. bukan org yg berwang sahaja berhak duduk di dunia ini.. cubalah anda fikirkan.. tanpa org2 yg menjual di pasar,tanpa org yg mencuci pasar,tanpa org yg mengangkut sampah,tanpa org yg membuat kerja2 itu,dapat ke kite hidup di dunia ini dgn selesa? tidak,kan? so,why not.. jika kite berurus niaga dgn mereka... jika kite ternampak mereka,kite memberi ucapan terima kasih or senyuman.. kerana mereka juga manusia,dan,setiap manusia berhak mendapat layanan yg sama rata,kan?

till next entry.. bubye!

No comments: