Sunday, June 13, 2010

hmm...

apa yg kamu rasa?
dptkah kamu lihat apa yg saya lihat?
mungkin saya pula tak penah lihat apa yg kamu lihat...

mari berkongsi?

hati saya tersentuh melihat seorang makcik berdiri dlm lrt...
umur lingkungan 50thn...
memakai baju seragam pengawal keselamatan...
jam menunjukkan kira2 9mlm...
dia kelihatan sgt penat.. dan terpaksa berdiri...
i wish i can give her the seat.. but i'm standing too...
dia pegang plastik, ada susu kotak and roti and makanan...
tiba2, ada budak lelaki dlm 14 thn ckp sesuatu dgn makcik tu...
ibu dia rupanya...
tapi... dia tak tlg ibu dia angkat plastik tu...
dia menjauhkan diri...
cuba berlagak cool sambil kunyah gula2 getah n bersandar pada pintu...
sedangkan ibu dia kelihatan penat berdiri and perlu memegang plastik tu...
bila org tolak ibu dia hingga hampir tersungkur, dia hanya melihat..
kenapa begitu?
saya sedih...
pertama, takde siapa ke nak bg tempat pada makcik tu?
kedua, hello, itu mak kamu... biar la walaupun dia hanya pengawal keselamatan....
tapi dia menyara kamu!
kenapa layan dia mcm tu?
ketiga, org2 lain tu pula... kalau nak keluar, mintak la lalu elok2.. tu kan org tua... nape mesti tolak makcik tu?

saya sedih tak dpt tlg sbb saya sendiri memegang brg di tangan dan memikul beg laptop di bahu... ralat...

kedua...
saya sedang melalui jejantas... saya melihat seorang yg sedang berdiri, memegang tisu.. ramai yg ignore dia.. dia buta.. kerana saya lihat satu dari anak matanya mcm terkeluar n nampak mcm berdarah... bila ada org letak duit, dia akan hulurkan tisu tu, kalau org tak amik, dia tetap berkeras nak bg...
saya kagum.. dia tak mahu org beli sedekah mcm tu je.. dia boleh dikatakan sedang menjual tisu... sbb dia tidak akan mengambil wang tanpa memberi tisu...
saya tak dpt nak lalu setiap hari di situ utk membeli tisu..
but saya doakan, Tuhan berikan kehidupan yg baik pada lelaki itu.. Amin!

ketiga, sedang saya berjalan melintas jalan ke lrt, saya melihat org ni..
dia kelihatan sgt tidak terurus.. semua org menjauhkan diri dari dia...
dia pergi ke kedai, ingin membeli kuih,tapi org halau dia...
kenapa?? dia cuba hulurkan duit...
apa salahnya?
dia tidak mengganggu org... jgn la buat dia mcm tu...
kita tak peka langsung.. dia tak mencuri..
dia sedang keluarkan duit utk beli...
beli kuih tu utk makan...
jgn layan dia mcm tu...
kita tak penah tau n fikir kenapa org tu jadi mcm tu...
kita tak layak buat dia mcm tu... =(

keempat, kawan saya cerita, dia sedang beratur ingin membeli makanan...
dia ternampak cleaner bangladesh ni ambil nasi yg sgt byk, tapi, cuma dia letak sayur n kuah as lauk.. dia ingin pergi membayar.. dia dah dekat kaunter...tapi, org2 lain ignore dia n potong barisan.. even cashier tak buat pape... dia pun menunggu di situ, di tempat cashier n menunggu semua org tu byr... hampir 15 minit kemudian, baru dia berpeluang utk byr... kenapa begitu?
kerana dia rakyat asing? atau kerana dia cleaner?
dia manusia.. ingin makan...
kenapa mesti layan dia mcm tu?

=(

No comments: