Wednesday, November 26, 2008

high heels vs sneakers

Dilema terbaru.. Dulu aku pakai sneakers... takdelah dulu sgt.. Mula-mula aku gilakan merah dan hitam... bencikan pink...Kemudian aku berubah...Kononnya berubah utk kebaikan..Aku mula sukakan pink... Maka aku mula memakai pink.. termasuk sneaker pink! aku tinggalkan hitam n merah.. oh.. maafkan aku...


Haha... kini aku berubah kembali.. kononnya ingin menjadi lebih matang.. ingin mencuba sesuatu yg baru... aku lebih berani. aku mula sukakan merah n hitam kembali... aku mula mencari identiti.. ah.. dah umur mcm ni pun masih mencari identiti.. haha.. merah n hitam.. warna yg memberi aku kepuasan.. warna yg memberi aku keberanian.. pink.. maafkan aku pula kali ni.. tapi aku takkan tinggalkan pink..
tapi itulah aku... aku cepat bosan... aku dah bosan dgn gaya lama.. aku tampil dengan gaya baru... aku mulakan pencarian.. mencari high heels idaman... tapi akhirnya aku membeli wedges... to guys out there.. wedges tu bukan makanan ek.. ini wedges..

tak cukup beranikah aku mencuba high heels? ahaha... siapa yg mengenali aku pasti tau sebabnya... kerana apa aku masih belum berani menyarung high heels.. tapi.. aku akan cuba suatu hari nanti.. kerana aku kini bergerak ikut arah angin dimana aku akan mencuba apa yg aku takuti.. tapi.. biarlah aku mencuba kerana aku yg mahukan... bukan kerana ingin menjadi seperti org lain...
Aku bersyukur kerana family aku tak pernah menyuruh aku mengikut apa yg mereka mahukan... Jika aku tak suka, tak perlulah pakai.. biarlah perubahan itu lahir dari hati aku.. kerana itu akan lebih memberi kesan... Kini aku mencuba apa yg aku inginkan.. tapi aku rindukan sneaker aku.. haha... biarlah apa org nak kata.. biarlah bagaimana org ingin melihat aku.. ini tetap aku.. Aku akan pakai apa yg aku mahu.. Kerana perjalanan hidup ini aku yg laluinya..
Aku cuma nak bgtau.. walau apa yg kita pakai.. sneakers,high heels atau pape pun.. yg penting diri kita happy.. jgn la memakai sesuatu hanyalah kerana nak "masuk" dgn kumpulan tertentu.. biarlah kita yg tentukan diri kita.. tak perlu kita mengikut apa yg org lain lakukan.. it's ok to do ordinary thing.. we just have to do it the best we can and to make it special.. right?
Yang penting... Aku bergerak ikut arah angin..

2 comments:

farhannazmey said...

may i know who are you? =)

hikayat aku dan mereka said...

sure2... someday... not today..