Saturday, November 22, 2008

manis..




Aku nak jalan aku sendiri.. salah ke?
Aku penat terlalu memikirkan apa ckp org..
Aku nak buat apa yg aku nak...
Bukanlah maksud aku yg kata-kata org tak elok..
tapi... Pendapat org semua berbeza..
Kalau ada yg betul dan aku perlu ikuti,aku pasti akan ikut..
Tapi jika tidak, aku akan anggap itu hanya angin yg melalui aku..
yg takkan meninggalkan bekas di hati aku...
Bukan seperti dulu yg aku anggap kata-kata org tu seperti angin yg disertakan pisau yg menguris hati aku..

Aku yg berhak atas hidup aku yg dah diamanahkan pada aku..
Aku yg patut mencorakkannya...
Aku patut lakukan apa yg aku mahu tanpa melebihi batasan..
InsyaAllah aku tau batasannya...
Jika tidak, aku harap ada suara-suara yg akan menasihatiku..
Bolehkan?
Aku harap tidak terlalu berat permintaan aku..
just stay with me... Jgn berhenti percayakan aku...
Yakinlah dengan aku...
Aku boleh...
Kerana aku bergerak mengikut arah aku...

Aku taknak suatu hari nanti, aku menyesal tak membuat apa yg aku patut buat...
Biarlah aku gagal... Asalkan aku pernah mencuba..
Bukankah itu lebih manis drpd aku takut mencuba?

Manis..
Apa yg aku tau tentang manis?
Bg aku.. bersama kwn itu manis..
Berkongsi dgn kwn itu manis...
Mendapat kejayaan selepas kepayahan itu manis..
Dihargai selepas berusaha itu manis...
Dilihat di saat ingin dilihat itu manis..
Tersenyum itu manis..
Gula itu manis..
Dan tentunya manisan itu manis kecuali tak cukup gula.. kan?

Yg penting...
Aku bergerak ikut angin..

No comments: