Tingkatan 3. Aku tak rasa ada benda yg menarik. Kecuali kita pergi camping. Dan aku igt lg yg kau demam hari tersebut. Sesampai di hutan itu pula,hujan lebat. Akhirnya aku dan S yg masuk dahulu dan uruskan dgn pihak ofis. Bila kita perlu mengangkat brg-brg masuk ke tapak perkhemahan,aku tak bg kau angkat brg sgt sbb kau demam. Kau lupa yg kau kawan baik aku selain S? Tentu saje aku akan menjaga kawan-kawan aku. Itu sajalah kenangan di tingkatan 3. Dan ada peristiwa berlaku, aku tak pasti apa. Tapi kau tiba-tiba tidak mahu bercakap dgn aku. Kite kekal begitu daripada akhir tingkatan 3 hingga ke awal tingkatan 4. Masihkah kau ingat?
Masuk tingkatan 4, aku berkeras nak masuk kelas akaun.. dpt sains IT,taknak ar aku... tengok-tengok kau pun dpt kelas sains IT tu.. ahahha... biar la.. aku nak masuk kelas akaun.. yeh yeh... Aku pun masuk la kat satu-satunya kelas akaun yg masih available. Aduh.. ramai plak gengster kelas ni.. ahaha.. takpelah.. diorang nampak baik. Tgk-tgk kau pun tukar masuk kelas akaun dgn M.. korang tak sanggup gak ek? ahahha... Masa tu,tetiba je kita berborak balik. Dan seperti biasa kita tak pernah membincangkannya. Kau ckp kau tak igt nape gaduh dgn aku. Apa da... hehe..
Aku ok je. Sbb aku mmg rindu kau yg bersikap bengong-bengong dgn aku. Tetiba kita ok balik. Tanpa sebarang mukadimah. Sukanya aku.. Haha.. Tiba-tiba kita menjadi kawan paling akrab di dunia ini... tapi aku tidak pernah lupakan S.. hehe... Kau masih igt cikgu Z yg badan lawa tapi suara nyaring tu tak? ahaha... kau masih igt aku kene denda takley masuk kelas sebab aku masuk 5 minit lambat lepas waktu rehat? Ntah apa angin cikgu tu.. Padahal aku pengawas,mmg la aku akan masuk lambat. Aku cuba mempertikaikan tindakan dia,tapi kau tau-tau la suara nyaring dia. Jadi aku berdiri la kat pintu, Tapi sekejap je. Lepas tu aku berjalan-jalan bebas di luar kelas menyakitkan hati dia. Ahhahaha.. Yang takboleh blah,budak kelas kita yg baru nak masuk kelas sbb main bola keranjang tu dia bg plak masuk. Sbb cikgu tu kan suka budak lelaki kerana mereka akan memujinya cantik. Maka,dia akan tersenyum2 sepanjang hari. Aku mula marah. Kenapa aku yg masuk lg awal ni kene berdiri di luar tapi budak yg masuk lg lambat tapi puji dia cantik tu boleh masuk. Kau ada disitu. Menghasut aku masuk. Suruh aku buat selamba. Maka aku masuk,walaupun cikgu itu dgn suara nyaringnya suruh aku berdiri lg. Tapi aku buat selamba dan duduk depan dia,buka buku subjek lain. Ketika itu la cikgu tu diam kerana budak-budak yg masuk lambat tu kata mereka akan berdiri bersama aku kalau cikgu dia masih ingin denda aku berdiri di luar kelas..
Aku tersenyum kemenangan. Cikgu itu beralah kerana lelaki-lelaki itu memuji dia lg.
Kau igt aku bermain hoki? Kau mmg suka suruh aku buat kerja kau tu. Nama je kapten lelaki. Apa la.. Kau igt tak masa aku pergi pertandingan tu? Bila aku balik je kesekolah, aku terus naik ke kelas dan berjumpa kau.. mengadu tentang perlawanan tadi yg telah mematahkan gigi aku kerana dipukul kayu hoki. Dan kau gelakkan aku. Ah,lantaklah. Sebab korang tetap risau tengok mulut aku yg berdarah tu. Ahaha...
TIngkatan 5,aku taktau apa perlu aku catatkan. Kerana ada mcm-mcm sgt yg berlaku. Pertandingan hoki seperti biasa. Terlalu byk jika aku ingin ceritakan.. tapi aku cuma ingin menulis masihkah kau ingat dulu kita selalu mengulang kaji bersama utk SPM? setiap malam di rumah aku.. Aku akan buat air yg kau komen mcm-mcm. Aduh,tapi kita tetap tekun utk belajar. Maaf kalau air yg aku buat tak sedap ek. Ahaha..
Lepas SPM,aku bley end up keje kat ofis makcik kau plak buat akaun. Pandai kau ek. So,muka kau lah aku tengok setiap hari. Dgn kau juga la aku membebel. Aku siap jadi baby sitter sementara bila bos keluar sbb org gaji bos lari,bos kene bwk anak pergi ofis. Dan kau selalu gelakkan aku kerana aku terkial-kial nak jaga baby. Kau jahat. Kau buat baby tu nangis sebelum kau keluar. Aku dah cuak nak tenangkan baby tu.. Ahahaha... Tapi itu kenangan. Aku dah reti sikit-sikit.
Macam-macam lg boleh aku ceritakan ni.. nak ke? Hahaha.. takpelah.. cukup dulu...
Ohye..Aku menjadi setiausaha tidak bergaji kau dari tingkatan 1. Kau berjanji nak bg hadiah dari dulu. Ahahh.. aku tak kisah semua tu. Yang aku tau,kau kawan baik aku. Tapi,apa dah jadi dengan kita? Hanya kerana aku dan kau jauh? Kau kawan baik aku sampai kiamat. Jgn bersikap begitu hanya kerana kau ada kawan baru. Tapi,jika kau mmg dah lupakan aku,aku tak dpt buat apa.
Cuma aku ingin katakan,persahabatan antara kau dgn aku ialah kenangan yg hebat. Kau ada bila aku rasa nak menjerit. Kau ada bila aku nak menangis. Kau mmg ada walau kau buat perangai tak amik peduli.
Aku ada satu soalan, adakah seorang lelaki mmg akan lupa kawan baik perempuannya bila dah jauh dan ada kawan baru?
Kerana kawan baik perempuan aku masih seperti dulu. Hanya kawan baik yg berjantina lelaki ni berubah. Atau salah aku kerana aku tak menghubunginya?
7 comments:
saya tidak akan lupakan. Itu jika saya lah. Lelaki lain tak tahu pula macam mana.
cuma mungkin lelaki ini jarang tunjukkan. Dalam hati mesti ada.
mungkin. =)
W-O-W
byk kenangan.
now i fully understand what you were going through.o
hehe.. yes..
semuanya bergantung dengan kuantiti ego itu sendiri kan?
yes.. ego setiap org berbeza.. malah kdg2 ego utk setiap org yg kita kenal pun berbeza..
huhuhuhu... mmg sedalam2 hati nyer ader tertulis yg die ingt kat kamu..
Post a Comment