Sunday, December 7, 2008

terima kasih

Terpana..
Bukan seperti jejaka-jejaka yg melihat gadis idaman..
Bukan seperti gadis-gadis yg terlihat jejaka pujaan...
Tapi... Aku terpana...
Betul-betul terpana..
Lebih hebat daripada melihat pasangan rama-rama berterbangan keriangan di kala matahari terbit dipantai...

Aku terpana kerana melihat kejujuran dan keikhlasan rakan-rakan aku...
Aku terpana mendengar rakan berkata dia akan tetap menyokong aku asalkan aku tidak membuat benda yg memudaratkan diri...
Aku terpana bila rakan berterima kasih pada aku kerana percayakan dia...
Aku terpana bila rakanku berkata itu gunanya kawan...
Aku terpana bila rakanku bersama ketika susah dan senang...
Ah.. betapa indahnya hidup aku dengan mereka..
Betapa bertuahnya aku memiliki mereka...
Betapa aku tidak bersyukur jika masih ingin menyungut tentang hidup ini...

Oh Tuhan... Lindungi la mereka..
Kerana mereka ialah harta yg tidak ternilai...
Mereka lebih berharga dari segalanya...
Kerana saat bersama mereka tidak boleh dijual beli..
Tidak boleh ditukar ganti...
Kenangan bersama mereka tidak boleh dicopy paste...
Kenangan bersama mereka tidak boleh dicetak semula dlm size A4..
Kenangan bersama mereka terlindung dgn Copy Right...

Ah.. Terima kasih rakan-rakanku...
Kau tau siapa kau...
Tidak perlu aku beritahu..
Kerana bicara jiwa lebih mendalam dari percakapan aku...
Bukahkah begitu...?
Seperti aku yg mula mengenali jiwa aku sejak aku memberi ruang jiwa aku utk berbicara...

Maafkan aku jika bicara ini kurang dimana-mana..
Aku hanya menulis apa yg aku rasa..
Yang terus aku taip tanpa ingin mengubah kata..
Kerana aku inginkan yg asli...
Yang lahir dari lubuk hati ini...

Maafkan aku jika bahasa aku tidak seindah lautan luas...
Maafkan aku jika bahasa aku tidak menepati piawaian Kamus Dewan...
Maafkan aku kerana mempunyai kelemahan...
Tapi.. inilah aku...
Ini aku yg cuba sejujurnya berbicara utk menyampai kehendak hati...
Ini aku yg cuba mengekalkan yg asli walaupun tulisan aku mcm budak darjah satu yg baru ingin menulis...
Tapi.. inilah karya aku...
Walaupun ianya bukannya karya yg hebat...
Walaupun hanya layak dipanggil coretan...
Tapi.. bg aku...ini karya aku...
Hak aku yg asli...
Aku puas dgn apa yg aku sampaikan...
Aku puas aku dpt menulis dgn jujur...
Bagi aku.. Itu sudah hebat dimata aku..
Tapi.. Takkan sehebat kalian..

Ingatlah aku...
Ini aku....
Aku yg bergerak ikut arah angin...

2 comments:

Anonymous said...

owh..terharunye bc..rs mcm dihargai sgt sbg seorg kwn mu..skema la pulak..tp itu yg aku rs..thanks 4 being my fren...be ur fren is 1 of best thing in my life..love u babe =)

hikayat aku dan mereka said...

sama2 kasih.. and i think i know who u are dear.. =)