Kalau sekolah rendah aku mmg takde hal.. sbb skolah cina.. so mcm top sket la dikalangan skolah-skolah cina sbb kami mmg ada team basketball yg tersgtla hebat.. ahaha… dan ada pencaragam… benda biasa je pun sebenarnya… Yang menariknya.. sekolah rendah dan menengah aku sebelah2 je.. malah kami berkongsi padang sekolah due to limited space.. sampai sekarang aku tak pasti sebenarnya tu padang siapa.. Tapi hari sukan kami kat Stadium Bukit Jalil la sbb limited space..
Hehe.. masa aku masuk skolah tu masa Form 1,sekolah menangah tu dah mula berubah.. Satu benda aku kagum dengan skolah tu dan skolah rendah aku ialah PIBG mereka yg sgt2 bertanggungjwab… Kedua-dua sekolah aku tak mengharapkan peruntukan kementerian pelajaran utk naik tarafkan keadaan sekolah.. Malah seingat aku,dewan sekolah aku masa sekolah rendah dan menendah dibiayai kami sendiri.. diorang kumpul derma from semua ibu-bapa and also buat mcm2 program utk rise money.. Malah,masa aku darjah 2 kalau tak silap,skolah rendah aku dah ada makmal computer sendiri and kami belajar computer.. Masa tu aku igt tu benda biasa je.. but rupanya masa aku masuk skolah menengah,budak skolah lain terkejut yg aku dah belajar computer masa skolah rendah.. malah kami masa skolah rendah belajar mcm2 sampai dpt sijil belajar MS word n mcm2 lg.. ahaha..
Utk skolah menengah.. again skolah aku kumpul duit sendiri buat dewan skolah yg bg aku besar la.. ahaha.. then again skolah aku kumpul duit sendiri buat makmal computer.. seingat aku,masa aku kuar skolah tu masa form 5,dah ada 3 makmal computer yg mmg lengkap.. masa tu budak2 skolah aku slalu gak mempertikaikan nape skolah kami tak popular sbb sekolah top lain baru ada satu makmal computer dah bising2 masuk paper n kononnya menuju ke arah skolah bestari… aduh.. kami tak heran la dgn title tu sbb kami rasa kami lg canggih masa tu.. ahaha.. but kami bukan skolah top and kami pakai duit sendiri.. bukan hanya harapkan duit peruntukan… malah kami dilengkapkan dgn mempelajari pelbagai software.. kami ada sijil utk software apa ntah aku lupa utk graphic and memandangkan aku amik akaun masa form 4,kami belajar UBS accounting… tapi belajar yg level2 bawah je la.. hehe… tapi still kami dah diperkenalkan dgn sume tu..
skolah aku sgt la ramai cina… masa aku tingkatan 5,ada 23 org je melayu utk form 5 sedangkan budak form 5 ada hampir 400 org… total melayu dlm 150 out of 2000+ org.. tak sampai 10% pun.. ahahha.. tapi semua ok2 je… aku masa skolah agak aktif la.. aku masuk sukan.. then aku aktif berpersatuan.. dan masa tu aku masuk lembaga pengawas dari tingkatan 1.. then masa form 4,tanpa bodek2 cikgu,tau2 aku jadi bendahari pengawas.. suka gak la.. sbb org lain bukan main bodek,tapi aku buat bodoh je.. lgpun masa tu cuma ada 2 pengawas melayu.. Aku bersyukur aku diberi kepercayaan..
then in the same time,aku sibuk dengan persatuan lain seperti agama islam,sejarah n geo,hoki,puteri islam n ntah pape lg… mmg aku n shadah gile2 aktif la masa tu.. hehe…kan shadah kan? Hehe… eh.. ni dah lar tajuk.. aku nak cerita pasal skolah aku… kalau aku citer ni mesti korang tak caya.. skolah menengah aku takde lagu skolah.. serius! Kami nyanyi Negaraku dan Wawasan 2020 je… then masa aku form 5, batch aku bising nak buat lagu skolah,tapi kami tak sempat rakam.. then hari tu aku dpt tau skolah aku dah rakam lagu skolah.. gile bangga aku walaupun aku dah habis skolah sbb akhirnya skolah aku ada lagu skolah.. ahahha…
Cikgu kat skolah pun mmh baik2… And kami bergerak ikut pengetua.. Masa zaman Tuan Haji Khailani,dia yg bertanggungjawab meningkatkan prestasi akademik skolah aku.. masa tu skolah aku dah mula ok.. dah dikenali sket gak.. then.. dia tukar pi Victoria Institution jadi pengetua.. Then.. zaman Encik Jamaluddin plak.. Dia yg bertanggungjawab menceriakan skolah dan menghijaukan skolah dengan pelbagai jenis tumbuhan.. hehe.. best2..
Satu benda best aku igt tentang skolah aku.. kami bergoyong royong budak pagi n petang cat kelas masing2.. best gile.. ahaha… aku mmg suka time gotong royong ni.. sbb aku boleh jalan2 pi kelas lain dan menyibuk2.. hehe… Aku agak happy gak la dengan sume tu.. then.. skolah aku ni ada cikgu2 yg bg aku sgt la best.. terutamanya Encik John iaitu cikgu disiplin@cikgu pengawas@cikgu pengakap.. hehe… dia sgt la cool… ramai org hormat dia walaupun dia yg slalu rotan pelajar… Masa tu.. team pengakap lg popular dari kadet polis n krs sbb pengakap sgt cool n hensem2.. ahahha… tak senonoh tui,kan? Then mereka aktif dan agak popular dikalangan skolah lain.. I have to say yg aku rindu mereka badly… hehe…
Skolah aku tu wireless,tapi tak ramai guna pun sbb sape la rajin sgt nak bwk laptop.. hehe… then aku dpt tau skolah aku dah guna system thumbprint.. kirenya amik kedatangan setiap hari kat kelas dgn scan ibu jari je.. then.. if ada pelajar yg takde dlm system utk hari tu,automatic sms akan dihantar kat ibu bapa.. utk kawal budak2 daripada ponteng.. cool tak?
Aduh.. mcm2 lg boleh aku tulis tapi takpelah.. sbb rasanya takde org berminat nak tau.. hehe.. aku saje tulis nak kenang .. kan shadah kan?
3 comments:
cool gile sek nur! sgt maju!
xcool pon...
xde taraf worldclass pon..
pebende...
'pengakap cool dan hensem'??
sape hensem die cool ker???
@jihan: tq.. tq.. happy dgn skolah tu..
@zaitsev: ckp la apa pun.. skolah tu tak mengejar taraf wordclass pun.. kami tau kami siapa.. kami bukan yg terhebat dlm akademik.. bukan yg terhebat dlm sukan... malah kami ni bukanlah skolah yg dah beratus tahun wujud dgn nilai sejarah yg tinggi.. bangunan yg kami duduki juga bukanlah tinggalkan zaman penjajah... tapi.. skolah tu istimewa pada hati kami yg skolah kat situ.. so... itu yg membuat cool.. perasaan dan pandangan org takleh dikatakan salah sbb parameter setiap org berlainan.. mungkin ada org anggap skolah yg bersejarah itu cool.. tapi bg nur,parameter nur ialah skolah tu dah mengajar nur mcm2.. i love my school walau ada kekurangan..
nope.. sape hensem tak semestinya cool.. tapi.. nur boleh katakan yg org yg cool automatik akan dilihat hensem... definasi hensem utk setiap org juga berbeza.. mungkin org anggap yg badan tegap,putih itu hensem.. tapi bg nur lain... nur ada definasi nur sendiri... bg nur.. bila org tu cool... tak sombong... org itu akan jadi satu punca kita tersenyum.. makanya hensemlah... ok? =)
Post a Comment