Aku tengah nak study,tapi tetiba tumpuan aku hilang.. So,aku stop and start menulis.. Mungkin aku mmg dah berubah.. Jika dulu,bila aku hilang tumpuan,aku suka berckp dlm hati.. Tapi sekarang,selain berckp dlm hati,aku mula menulis.. Mmg benar,dengan menulis,kita dpt meluahkan rasa.. membuang benda yg serabutkan hati dan fikiran.. tak perlu tulis secara mendalam pun membantu..
Hari ni aku ingin menulis betapa indahnya hidup aku dengan kawan-kawan.. Aku bersyukur sbb aku dipertemukan dengan pelbagai jenis kawan.. ada kawan yg makan kawan,ada kawan utk selamanya,ada kawan yg hanya ada masa susah,ada kawan yg hanya ada masa senang,ada kawan yg berpura berkawan,ada kawan berkongsi pendapat dan mcm-mcm lg…
Tapi.. dlm byk2 topik,mmg topic kawan la aku paling suka.. Sbb aku sgt suka berkawan.. malah aku syg kawan aku sgt2.. Kdg2,kita takkan dpt cari lg kawan yg kene dengan jiwa kita.. aku bersyukur sbb aku ada kawan yg aku boleh ckp apa yg aku rasa… tapi mungkin bila makin dewasa,aku turut berubah… jika dulu kawan aku masa sekolah lebih ramai lelaki daripada perempuan,keadaan dah berubah.. aku lebih berkawan dengan perempuan berbanding lelaki..
Ahaha.. aku pernah bertanya pada kawan aku yg melalui benda yg sama dengan aku.. dia pun dah tak berkawan dgn perempuan,sebaliknya kembali berkawan dengan lelaki.. Aku katakan mungkin kerana kita dah matang.. ahaha… mungkin juga kita dah tak selesa mcm dulu… Bagi aku,berkawan itu tak salah… tapi.. mungkin setiap org ada pendapat yg berlainan..
Kdg kala aku susah nak berkawan kerana fikirkan apa yg org fikirkan… Seperti ada org yg tak mahu berkawan dengan aku kalau-kalau aku ni awek org.. aduh… kenapa begitu pulak? Berkawan itu tak salah pun.. Kenapa perlu ada batas bila dah berstatus awek org? hmmm.. mcm-mcm… but then aku dah single.. makanya aku boleh berkawan dengan semua org tak? Mcm tak je… Ada je batasannya..
aku tak reti plak nak berkawan secara tiba-tiba.. jiwa aku lain dengan mereka ke? Ntah… Hari tu aku terjumpa kawan baik lama aku masa skolah.. dia antara yg rapat dengan aku… sempat ym dengan dia malam tu.. dia ckp aku masih mcm dulu.. tapi.. aku tak faham… kenapa aku masih aku yg lama dengan kawan lama aku,tapi.. aku mcm tak dpt nak berkwan begitu dengan org lain.. hmm… mungkin aku terlalu takut nak berkwan kot..
aku ada satu jenis fikiran iaitu aku takut nak kacau gang org… kirenya kalau aku tgk org tu dah ada gang sendiri,aku mcm tak reti nak berkwan dah sbb mcm kacau gang org tu plak.. ahhaha… bodoh,kan? Itulah aku yg sekarang.. terlalu byk berfikir… Dulu aku redah je kawan dengan sape pun… life is more simple masa aku sekolah.. Aku just buat apa yg aku mahukan… Aku berkwan dengan siapa yg aku mahukan…
Tapi.. takpe… aku bahagia je… Kawan-kawan yg aku kenal di skolah,uitm mahupun mana-mana pun amat-amat aku hargai.. Once dah berkawan,tetap akan jadi kawan sampai bila-bila,kan? Eh,betullah… malah berkwan tak fikir kaum pun.. Masa CNY dulu,aku dpt byk msg CNY dari kawan-kawan cina skolah lama aku… Malah daripada cikgu-cikgu cina aku.. Aduh.. betapa mereka tak pernah membezakan aku walaupun aku seorang melayu… Malah,pernah cikgu aku ckp aku mengubah pendangan dia terhadap melayu… wah,bangga aku jap.. ahhaha… and sampai sekarang cikgu tu amik berat dengan aku.. dia gak yg selalu tanya perkembangan pelajaran aku kat uitm ni.. Malah aku ada cikgu yg belum dikurniakan anak,and dia anggap gang aku mcm anak2 dia.. best sgt… sampai sekarang aku akan msg dia kalau ada pape hal.. and dia panggil aku syg… ahhaha.. suka2… Cikgu berjasa sgt-sgt sbb dioranglah yg bertanggungjawab membentuk diri kita masa remaja.. kan? Aku syg cikgu2 sekolah aku.. malah.. aku syg skolah aku… I’m not from any top school… but I’m proud of my school.. sekolah tu yg mengajar aku mcm2… eh… aku rasa aku boleh tulis one whole entry about my school… so.. nanti aku tulis… stop di sini dulu…
p/s: And aku tgh rasa bersalah dengan tak pergi jamuan CNY kawan aku.. I’m sorry dear… next time k? Aku harap takde kawan aku yg terasa coz aku dah beberapa kali ta pergi jamuan CNY budak2 kelas aku masa skolah dulu.. Maaflah sbb aku dah mula busy.. I’m sorry again.. Guan tiong, CNY..!
No comments:
Post a Comment